Peserta rombongan Haji_Wida'

Antara peserta rombongan Nabi Muhammad ialah Abu Bakar as Siddiq, Aisyah binti Abu Bakar, Asma binti Abu Bakar, Safuan bin al-Mu'attal, Saad bin Ubadah, Saudah, Ummu Habibah, Umu Salamah, Safiah, Muawiyah bin Abi Sufian, Asma' binti Umais dan lain-lain. Isteri Abu Bakar iaitu Asma' binti Umais telah melahirkan anak lelaki semasa dalam perjalanan ke Mekah iaitu di Zul Hulaifah. Bayi itu dinamakan Muhammad bin Abu Bakar. Bayi itu turut mengerjakan haji.[2]

Nabi Muhammad mengerjakan tawaf mengelilingi Baitullah dengan menunggang unta. Kemudian melambai ke arah Hajar Aswad dengan tongkat. Baginda pergi ke Telaga Zam-Zam dan minum dalam keadaan berdiri.[3] Nabi Muhammad berada di Mekah selama 18 hari dan sepanjang hari itu baginda hanya mengerjakan solat qasar sahaja.